Tidak perlu lagi ujian calitan untuk rentas daerah, kecuali Bintulu

KUCHING: Keputusan ujian calitan RT-PCR atau RTK-Antigen tidak lagi diperlukan bagi pergerakan merentas daerah di Sarawak kecuali untuk Bahagian Bintulu berkuat kuasa 14 September ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, namun pergerakan rentas daerah masih memerlukan permit kelulusan daripada polis.

“Keputusan dibuat susulan laporan jujukan genom ke atas sampel-sampel positif Covid-19 dan hasil saringan di 12 bahagian di negeri ini yang mendapati hampir 100 peratus kes merupakan varian Delta.
“Ini bermakna varian terseb utelah merebak ke seluruh Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak