Banjir di Marudi beransur pulih

MARUDI: Keadaan banjir di daerah ini beransur pulih dengan paras air surut di beberapa kawasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi Maureen Sim Ah Lian berkata, pemantauan sekitar setakat jam 7.20 pagi di beberapa kawasan iaitu di Pekan Marudi, Jalan Kampung Cina dan Kampung Dagang menunjukkan air surut dengan ketara.

“Jalan raya utama mula menampakkan tanda-tanda jalan, manakala di jalan kampung-kampung dan feri di Jalan Ridan boleh dilalui kenderaan kerana paras air surut sedikit demi sedikit,” katanya.

Sementara, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kekal di buka untuk menempatkan mangsa banjir di SMK Telang Usan.

Setakat jam 12 tengah hari, seramai 13 orang melibatkan tiga keluarga masih ditempatkan di PPS SMK Telang Usan yang dibuka sejak 5 September lepas.

Manakala PPS Dewan Suarah Marudi yang dibuka sejak 4 September lepas telah ditutup 12 tengah hari ini.

Anggota Bomba dan Penyelamat Marudi memantau keadaan banjir di lokasi. Paras air telah menurun dan menunjukkan tanda-tanda jalan.

H – Banjir di Marudi beransur pulih
MARUDI: Keadaan banjir di daerah ini beransur pulih dengan paras air surut di beberapa kawasan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi Maureen Sim Ah Lian berkata, pemantauan sekitar setakat jam 7.20 pagi di beberapa kawasan iaitu di Pekan Marudi, Jalan Kampung Cina dan Kampung Dagang menunjukkan air surut dengan ketara.
“Jalan raya utama mula menampakkan tanda-tanda jalan, manakala di jalan kampung-kampung dan feri di Jalan Ridan boleh dilalui kenderaan kerana paras air surut sedikit demi sedikit,” katanya.
Sementara, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kekal di buka untuk menempatkan mangsa banjir di SMK Telang Usan.
Setakat jam 12 tengah hari, seramai 13 orang melibatkan tiga keluarga masih ditempatkan di PPS SMK Telang Usan yang dibuka sejak 5 September lepas.
Manakala PPS Dewan Suarah Marudi yang dibuka sejak 4 September lepas telah ditutup 12 tengah hari ini.
 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak