Buruh bebas tuduhan sumbang mahram dengan adik ipar

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas dan membebaskan seorang buruh daripada dua tuduhan sumbang mahram terhadap adik iparnya, tiga tahun lepas.

Hakim Jason Juga membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang berusia 23 tahun.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh melakukan sumbang mahram terhadap adik iparnya yang berusia 14 tahun di sebuah asrama kilang pada Disember 2018.

Kemudian, tertuduh didakwa mengulangi perbuatan terkutuk tersebut di sebuah hotel sekitar 11.30 pagi, 2 April 2019.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan manakala tertuduh diwakili Peguam Steven Beti dan Gerald Donald.

Suara Sarawak