Covid-19: 1,712 kes baharu, 1 kematian

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 1,712 kes positif Covid-19 hari ini, dengan satu kematian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan berkata 1,710 atau 99.88 peratus kes adalah daripada kategori 1 dan 2 manakala dua atau 0.12 peratus kes adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

Manakala, kes kematian melibatkan lelaki berusia 81 tahun dari Sri Aman, yang meninggal dunia pada 20 September lalu dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi serta-merta.

Suara Sarawak