Covid-19: 3, 743 kes baharu, 99.79 peratus kategori 1 dan 2.

KUCHING: Sarawak terus mencatatkan kadar jangkitan Covid-19 empat angka dengan 3,743 kes baharu dan 10 kematian, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, bagaimanapun sejumlah 3,735 kes atau 99.79 peratus adalah kategori 1 dan 2, manakala lapan kes lagi kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching merekodkan sebanyak 1, 405 kes, diikuti Sibu (420), Bintulu (311), Samarahan (214), Bau (158), Sri Aman (146), Miri (122), Saratok (98), Betong (87), Simunjan (83), Lundu (75) dan Asajaya (74).

“Manakala, Kapit (63), Serian (56), Sarikei (54), Song (46), Beluru (45), Pusa (39) Tebedu (33), Limbang (32), Belaga (27), Julau (22), Lawas (21), Subis (20, Lubok Antu (19), Selangau (18), Sebauh (15), Meradong (13), Bukit Mabong (11), Kanowit (6), Pakan (4), Tatau (3), Marudi (2) dan Telang Usan (1),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu kata JPBN, 10 kematian dilaporkan di tujuh daerah iaitu tiga di Kuching, dua di Sibu, masing-masing satu di Lawas, Beluru, Bau, Tebedu dan Saratok.

Pada masa sama, dua kluster baharu merupakan kluster komuniti diisytiharkan di Pakan iaitu Kluster Sungai Sawa dan Kluster Nansanhg Wak.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak