Covid-19: 3,619 kes baharu, lapan kematian di Sarawak

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 3,619 kes baharu dengan lapan kematian akibat Covid-19, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata sejumlah 3,611 kes adalah daripada Kategori Satu dan Dua manakala lapan kes lagi daripada Kategori Tiga, Empat dan Lima.

“Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 1021 kes, diikuti Serian (315), Bintulu (302), Sibu (228), Miri (200), Samarahan (199), Sri Aman (198), Betong (137), Sarikei (102), 91 kes masing-masing di Pusa dan Belaga, Saratok (83), Kapit (61), Kanowit (58), Subis (56), Asajaya (51), 50 kes masing-masing di Mukah dan Bau, Limbang (45) dan Meradong (42).

“Selain itu, Lubok Antu (36), Simunjan (29), Pakan dan Tebedu masing-masing 23 kes, 18 kes masing-masing di Lundu dan Julau, Tanjung Manis (17), Tatau (15), Song (12), Beluru (11), Lawas (sembilan), Selangau (lapan), Marudi (enam), Matu (lima), Bukit Mabong (tiga), dua kes masing-masing di Dalat dan Sebauh dan satu kes masing-masing di Daro dan Telang Usan,” katanya dalam kenyataan media.

Sementara itu, JPBN berkata kes kematian melibatkan enam lelaki dan dua wanita iaitu tiga di Kuching, dua di Sri Aman manakala satu masing-masing di Bintulu, Sarikei dan Miri.

Pada masa sama, katanya empat kluster baharu diisytiharkan yang merupakan kluster komuniti iaitu Kluster Sungai Separai 2, Tatau, Kluster Jalan Bintulu-Miri 3, Bintulu, Kluster Chama Ajai, Beluru dan Kluster Ulu Lubai, Limbang.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak