Covid-19: 99.82 peratus kes baharu di Sarawak kategori 1 dan 2

KUCHING: Sebanyak 2,707 atau 99.82 peratus daripada keseluruhan 2,712 kes baharu di Sarawak hari ini merupakan kategori 1 dan 2.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, dua lagi kes dalam kategori 4, manakala tiga kes pada kategori 5, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negeri ini sebanyak 196,146.

“Sementara itu, sebanyak 10 kematian dilaporkan dalam tempoh 17 hingga 24 September lalu dengan mangsa masing-masing berusia antara 42 hingga hingga 88 tahun serta kesemuanya mempunyai latar belakang ko-morbid,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, JPBN berkata Kluster Julin Dabai melibatkan komuniti di sebuah rumah panjang di Marudi merupakan kluster baharu dengan seramai 70 orang disahkan positif.

“Dalam pada itu, 16 lagi rumah panjang masing-masing di Sri Aman, Meradong, Julau, Pakan, Betong dan Saratok dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 24 September hingga 3 Oktober ini.

“Manakala PKPD di Rh. Basil Malaka, Traie, Debak Betong dilanjutkan dari 26 September hingga 6 Oktober.

“PKPD di 14 rumah panjang dan perkampungan di Pusa, Lubok Antu dan Betong pula ditamatkan hari ini dan esok,” tambah JPBN.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak