Covid-19: Sarawak catat 2,723 kes baharu, 19 kematian

KUCHING: Sebanyak 2,723 kes positif Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini, sekali gus merupakan angka jangkitan tertinggi di seluruh negara.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, 2,711 atau 99.56 peratus kes adalah 1 dan 2, manakala masing-masing 12 kes daripada kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching terus merekodkan kes tertinggi dengan 888, diikuti Samarahan (249), Miri (249), Sibu (228), Sri Aman (184), Bintulu (119), Serian (105), Asajaya (93), Sarikei (88), Betong (88), Saratok (82) dan Kanowit (52).

“Manakala Limbang (49), Bau (42), Meradong (26), Pusa (19), Kapit (18), Belaga (18), Lubok Antu (15), Pakan (15), Lundu (13), Lawas (13), Subis (12), Simunjan (11), Marudi (10), Dalat (7), Tebedu (7), Beluru (5), Tanjung Manis (3), Kabong (3), Bukit Mabong (3), Tatau (3), Selangau (2) dan masing-masing satu kes di Mukah, Julau, Daro dan Telang Usang,” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN berkata sebanyak 19 kes kematian baharu dicatat hari ini dengan kesemuanya mempunyai latar belakang penyakit yang berbeza.

Sementara itu, JPBN memberitahu terdapat dua kluster baharu di Daerah Limbang iaitu Kluster Tembok Limbang dan Kluster Melaban.

“Dalam pada itu, sebanyak lima kluster tamat iaitu Kluster Sungai Duuh, Serian; Kluster Mega Suai, Subis; Kluster Jalan Johari Sunam, Bintulu; Kluster Kampung Matang Lot, Kuching dan Kluster Nanga Tekalit, Tatau.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak