Dua lori bertembung, seorang pemandu maut

SIBU: Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Jalan Batu 13 Sibu-Bintulu, sekitar jam 3.05 petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Kong Sii Cheng, 46, disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Sementara itu, pemandu sebuah lagi lori yang dilaporkan mengalami patah di bahagian bahu kanan kini sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sibu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas salah sebuah lori hilang kawalan ketika bergerak dari Sibujaya ke arah Jalan Stapang.

“Lori dipandu mangsa, 29, hilang kawalan ketika tiba di satu jalan berbukit menyebabkan bahagian belakang lori masuk ke jalan bertentangan.

“Akibat daripada itu, sebuah lori yang bergerak dari Jalan Stapang melanggar sebelah kanan bahagian belakang lori terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes setakat ini disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suara Sarawak