Empat unit jengkaut alihkan batu besar hempap operator jentolak

BAU: Operasi mencari operator jentolak yang ditimbus runtuhan batu di kuari Jalan Tanjung Durian, Siniawan di sini bersambung semula jam 8.45 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Tawang Lingem, keadaan cuaca hujan di lokasi dan kerja-kerja membersihkan tapak dijalankan oleh empat unit jengkaut milik syarikat kuari.

“Setakat jam 10.32 pagi, jentera menemui bahagian tangki minyak jentera yang ditimbus anggaran 10 peratus hasil visual daripada keseluruhan badan jengkaut tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kesukaran operasi adalah batu besar yang masih berada di atas kedudukan jengkaut.

Tambahnya, kerja-kerja memindahkan batu besar masih lagi giat dijalankan.

Tawang berkata, pihak bomba memantau keselamatan di lokasi dari masa ke semasa bagi memastikan keselamatan dari runtuhan susulan semasa kerja membersihkan tapak dilakukan oleh pihak kuari.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak