Lapan kluster baharu, lima libatkan tempat kerja

KUCHING: Sebanyak lapan kluster baharu Covid-19 dikenal pasti di Sarawak hari ini dengan lima daripadanya melibatkan tempat kerja.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ini menjadikan sejumlah 137 kluster masih aktif dan 19 daripadanya mencatatkan sebanyak 234 kes baharu.

“Kluster baharu yang melibatkan tempat kerja adalah Kluster Sepom Serian, Kluster Jalan Usaha Jaya Dua Kuching, Klluster Industri Jalan Semeba Kuching, Kluster Jalan Bintulu-Bakun dan Kluster Galaxy Bintulu.

“Manakala tiga lagi kluster melibatkan komuniti rumah panjang dan perkampungan iaitu Kluster Maxbi Libai Subis, Kluster Kampung Dangak Kuching dan Kluster Kampung Panggil Sri Aman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu kata JPBN, Kluster Benteng Sri Aman dan Kluster Kampung Semban Kuching diisytiharkan tamat.

Dalam perkembangan lain, JPBN memberitahu Daerah Mabong hari ini bertukar daripada status kuning kepada merah menjadikan sebanyak 31 daerah merah, tiga (jingga), lima (kuning) dan satu (hijau),” tambahnya.

Suara Sarawak