Lelaki hilang ketika mencari rebung

KUCHING: Seorang lelaki berusia 31 tahun dilaporkan hilang ketika mencari rebung di kawasan kilang, Jalan Stephen Yong, di sini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa Billy Kaya dilaporkan hilang oleh kawannya semenjak sekitar 9 pagi, semalam.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang telah digerakkan ke lokasi kejadian dan memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 7.35 pagi.

“BBP Batu Lintang melaporkan mangsa telah dapat dihubungi menggunakan telefon dan masih hidup, namun tidak menemui jalan keluar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah kenyataan itu, pasukan K9 turut dihubungi untuk digerakkan ke lokasi bagi membantu mengesan mangsa dalam operasi SAR, setakat ini mangsa belum dijumpai.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak