Liga Premier 2021: KC FC teruskan momentum kemenangan

KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) berjaya meneruskan perolehan tiga mata dalam kempen Liga Premier 2021.

Ia selepas kemenangan (2-0) dicatat anak didik Irfan Bakti Abu Salim keatas skuad Projek FAM-MSN pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor petang tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan KC FC kini menghunj tangga ketujuh, menggumpul 24 mata selepas mengharungi 17 perlawanan setakat ini.

Kedua-dua gol The City Boys dijaringkan oleh ketua pasukan, Joseph Kallang Tie minit ke-13 dan Michael Chukwubunna Ijezie minit ke-49.

“Lega dan gembira, kemenangan yang diraih petang tadi meneruskan dominasi KC FC dalam beroleh tiga mata penuh,” ujar pengurus pasukan KC FC, Ideris Untong kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Ideris, pemainnya diberi tentangan yang cukup sengit oleh pasukan lawan sepanjang saingan.

“Kami sebenarnya boleh melepasi difisit gol tersebut sekiranya beberapa percubaan berjaya menepati sasaran,” tambah Ideris lagi.

Skuad warga kota untuk perlawanan seterusnya akan menentang Terengganu FC II digelanggang sama pada hari Jumaat nanti (17 September).

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak