LIGA PREMIER 2021: KC FC tumpas ditangan Negeri Sembilan

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk menambah koleksi mata sekali gus memperbaiki kedudukan semasa dalam kempen Liga Premier 2021 tidak kesampaian.

The City Boys tewas tipis (2-1) ditangan Negeri Sembilan FC pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor petang tadi.

Biarpun berjaya bangkit mengikat kedudukan (1-1) pada satu ketika menerusi gol penyamaan dijaringkan Michael Chukwubunna Ijezie minit ke-47.

Selepas pasukan lawan (Negeri Sembilan FC) yang terdahulu memimpin perlawanan menerusi gol awal dijaringkan oleh Kouassi Francis Kone minit ke-5.

Sebelum Arthur Cunma Da Rocca memastikan kemenangan mutlak Negeri Sembilan FC menerusi gol dijaringkan pada minit ke-65.

Anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim untuk perlawanan seterusnya akan menentang PDRM FC digelanggang sama Sabtu ini (4 September).

Suara Sarawak