MoU Kerajaan, PH diharap berjaya capai objektif MA63

KUCHING: Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) diharap akan membantu Sarawak mencapai objektif Perjanjian Malaysia (1963).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan pusat dan kerajaan negeri sudah melaksanakan rundingan sejak 2015 lagi dan ia akan terus diadakan.

“Justeru, saya amat berharap inisiatif untuk terus berunding mengenai MA63 seperti yang terkandungan dalam MOU yang ditandatangani pada 13 September lalu itu akan membawa kepada hasil menang-menang kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak di DUN Petra Jaya, di sini, sebentar tadi.

Tambahnya, dalam perjalanan selama 58 tahun sebagai sebuah negara, terdapat perkara-perkara yang tidak dilaksanakan mengikut Perlembagaan dan MA63, ia harus dibawa ke meja rundingan sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang besar.

Suara Sarawak