Pemain KC FC bercuti seminggu saingan, Piala Malaysia 2021 berehat hampir sebulan

KUCHING: Pemain Kuching City FC (KC FC) akan bercuti selama seminggu berikutan saingan Piala Malaysia 2021 berehat hampir sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KC FC, Iswandi Ali Hassan memberitahu, sejajar dengan itu semua pemain dan pegawai akan pulang ke Kuching esok (Jumaat).

“Kita percaya cuti seminggu sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu pemain dengan ahli keluarga masing-masing,” ujar Iswandi kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil menyatakan mereka akan kembali semula ke Johor Bahru pada 9 Oktober untuk menyambung latihan.

Ketua Jurulatih KC FC, Irfan Bakti Abu Salim lega kerana dengan saingan Piala Malaysia 2021 yang akan bersambung semula 29 Oktober nanti dapat memberi ruang pemain melalui tempoh rehat secukupnya.

Di samping membolehkan beberapa pemain yang cedera untuk pulih sepenuhnya.

“Sekurang-kurangnya ada masa rehat secukupnya untuk pemain selain dapat pulih sepenuhnya dari kecederaan,” tegas Irfan.

Katanya, ada baki empat perlawanan melibatkan KC FC.

Menentang Selangor FC untuk aksi terakhir pusingan pertama peringkat Kumpulan B (30 Oktober).

Disusi tiga perlawanan untuk pusingan kedua Kumpulan B

Menentang Selangor FC (3 November), menentang Perak FC (7 November) dan menentang Terengganu FC (10 November).
ENDS/…

Suara Sarawak