Petik sape buatan ayah

MEMPUNYAI minat mendalam bidang muzik, mendorong remaja berusia 15 tahun, Jorjanne Samantha Eiai Jabit mahir bermain alat muzik tradisional iaitu sape, memukul drum dan memetik gitar.

Malah, bakat beliau terus diasah oleh ayahnya, Jabit bin Sopining yang merupakan seorang pendidik.

Selain itu, minat Jorjanne turut disokong oleh ibu bapanya yang menghantar beliau mengikuti kelas muzik.

“Pertama kali saya memetik sape, saya amat teruja dan seronok kerana alunannya mendamaikan jiwa saya.

“Alunan sape yang pertama saya ialah Datun Julut, satu alunan muzik daripada kaum Orang Ulu,” katanya kepada Suara Sarawak.

Jorjanne Samantha
Eiai Jabit bersamasama ayahnya,
Jabit Sopining

Tidak hanya fokus kepada sape, gadis kacukan Iban dan KadazanDusun ini pernah mendapat anugerah perak bagi katagori solo memukul drum ketika mewakili Sarawak dalam pertandingan Festival Band Antarabangsa tahun lalu yang diadakan secara maya

Bercita-cita ingin menjadi seorang doktor haiwan, Jorjanne mendorong generasi muda untuk mengejar impian yang tertanam di hati.

“Bermain alat muzik sekadar hobi saya tetapi ia dapat membantu saya melepaskan tekanan dalam diri saya.

“Saya juga berasa gembira apabila ayah saya membuat sendiri sape untuk kegunaan saya,” ujarnya.

Jorjanne juga merupakan ahli Kelab Pancaragam di St Teresa apabila sekolahnya berjaya merangkul pingat emas dalam pertandingan itu.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak