PGA Sarawak usir 12 Pati dari Filipim dan Indonesia cuba masuk ke Sarawak secara tidak sah

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak berjaya mematah cubaan 12 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) yang masuk ke negeri ini secara tidak sah di dua lokasi berasingan pada Ahad lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kesemua Pati terdiri daripada tujuh lelaki warga Filipina serta satu lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia ditahan menerusi Op Benteng.

Beliau berkata, seramai tujuh lelaki warga Filipina berusia lingkungan antara 20 hingga 54 tahun yang ditahan kira-kira jam 6 petang di jalan tikus Kampung Masjid Merapok, Lawas oleh sepasukan Batalion 12 PGA Limbang.

Katanya, kesemua pati berkenaan ditahan ketika sedang berjalan kaki di sekitar kawasan tersebut dalam keadaan mencurigakan semasa pasukan keselamatan menjalankan rondaan keselamatan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati ketujuh-tujuh lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki Malaysia

“Kesemua individu tersebut diarahkan untuk berpatah balik melalui jalan yang
telah digunakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Manakala kes kedua, katanya, seorang lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia 6 hingga 41 tahun ditahan sepasukan Batalion 10 PGA Sibu kira-kira jam 8.15 malam.

Aidi berkata, kesemua Pati ditahan ketika pasukan operasi menjalankan rondaan keselamatan di sekitar Jalan Nanga San yang sedang berjalan kaki di sekitar kawasan tersebut dalam keadaan mencurigakan.

Kanak-kanak berusia 6 tahun antara lima Pati warga Indonesia yang cuba memasuki ditahan sepasukan Batalion 10 PGA Sibu di Jalan Nanga San.

 

Suara Sarawak