Piala Malaysia 2021: Kuching City sedia beri tentangan

KUCHING: Skuad warga kota, Kuching City FC (KC FC) akan cuba memberi tentang sedaya yang mungkin apabila turun berdepan Terengganu FC pada perlawanan pertama peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia 2021 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam esok.

Pengurus Pasukan Ideris Untong memberitahu, jauh disudut hati untuk cuba mengejutkan wakil dari pantai timur itu mengambil kira prestasi hebat diperaga mereka sepanjang mengharungi kempan Liga Super 2021 baru-baru ini.

Namun tegas Ideris, dalam dunia bola sepak segala kemungkinan boleh berlaku.

“Kita turun sebagai ‘underdog’ untuk perlawanan malam esok.

“Namun, saya percaya para pemain akan cuba menampilkan satu persembahan terbaik,” ujar Ideris kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, apa yang membimbangkannya ketika ini keletihan masih menyelubungi para pemain yang melalui perjalanan jauh untuk ke Terengganu.

The City Boys diundi dalam Kumpulan B bersama dua lagi pasukan iaitu Selangor FC dan Perak FC.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak