PIALA MALAYSIA 2021:  Kuching City terlepas dua mata penting

KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) sekadar berjaya memperolehi satu mata hasil keputusan seri (2-2) dicatat ketika menentang Perak FC pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan B saingan Piala Malaysia 2021 di Stadium Bandaraya Pasir Gudang, Johor malam tadi.

Seakan sudah boleh berkira untuk merai kemenangan pertama selepas mendahului pelawat dengan dua gol yang dijaringkan Hudson Dias De Jesus minit ke-10 dan Mohamad Alif Hassan minit ke-67.

Namun, kebangkitan dipamerkan skuad pelawat dibabak kedua menerusi gol dijaringkan Mohammad Adib Abdul Ra’op hasil sepakan penalti minit ke-49 dan Mohamad Aizat Safuan Razali minit ke-90 (+3) menyaksikan The City Boys kehilangan dua mata penting.

“Secara keseluruhannya berpuas hati dengan persembahan diperagakan pemain.

“Namun, apa yang amat mengecewakan, dua gol mudah pasukan pelawat yang terhasil berpunca dari kesilapan pemain kami, sendiri” ujar Irfan pada sidang media sebaik berakhir perlawanan tersebut.

Tegas Irfan, seandainya pemainnya dapat kekal fokus terutama dipenghujung saingan mungkin kemenangan yang dihajati dapat direalisasikan.

Katanya, pemain beraksi dengan begitu baik terutama dibabak kedua malah turut mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan.

Dalam pada itu, Irfan turut memuji karektor pemain muda yang telah menunjuk peningkatan begitu ketara sekali.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak