Posa mohon maaf

KUCHING: Pengerusi Sarawak United FC (SU FC) Datuk Posa Majais memohon maaf susulan insiden beberapa pegawai dan pemain cuba menyerang pengadil sebaik tamat perlawanan menentang Negeri Sembilan FC, Jumaat lalu.

Beliau mengakui turut kecewa dan tidak menjangkakan kejadian sedemikian berlaku.

“Saya memohon maaf kepada pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta seluruh peminat atas insiden yang berlaku pada perlawanan tempoh hari.

“Sememangnya kita tidak menjangkakan perkara ini akan berlaku,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) itu turut menjelaskan pihaknya kini masih belum mendapat memberi sebarang ulasan terperinci berhubung kejadian.

Namun katanya, siasatan lanjut mengenai insiden terbabit kini sedang dijalankan di samping menunggu laporan penuh daripada pegawai pasukan SU FC dalam tempoh terdekat.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak