Sarawak lapor tiga kluster baharu, 13 lagi lokaliti kena PKPD

KUCHING: Kluster Sungai Merusa Subis, Kluster Haidah Bintulu dan Kluster Kanawa Baram Marudi merupakan tiga kluster baharu diisytiharkan di Sarawak, hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), dua daripadanya adalah kluster komuniti manakala satu kluster melibatkan pekerja sebuah kapal logistik dan pengangkutan.

“Hasil ujian saringan seramai 44 individu positif dari Kluster Sungai Merusa, 29 pula disahkan positif dalam Kluster Kanawa Baram, sementara 92 dikesan positif dalam Kluster Haidah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu katanya, sebanyak 13 rumah panjang dan kuarters pekerja di Bintulu, Miri, Julau, Lubok Antu, Sarikei, Betong dan Saratok dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk tempoh 23 September hingga 5 Oktober ini.

“Manakala PKPD di 20 kawasan termasuk rumah panjang, perkampungan dan kuarters pekerja di Sarikei, Pakan, Sri Aman, Betong, Pusa, Bintulu, Tatau dan Sebauh ditamatkan hari ini,” tambahnya.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak