Sarawak mula buka sektor pelancongan, perniagaan lain mulai 1 Oktober

KUCHING: Aktiviti pelancongan antara lapan aktiviti yang dibenarkan setelah Sarawak beralih ke fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 1 Oktober ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, aktiviti ini dipersetujui untuk beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Am PPN Sarawak yang ditetapkan oleh MKN Sarawak di laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara.

“Justeru, SOP bagi sektor-sektor khusus ini boleh didapati di laman web Kementerian masing-masing yang akan dimuat naik pada minggu ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

JPBN menambah aktiviti lain yang dibenarkan beroperasi adalah kedai nombor ramalan, spa, refleksologi, pusat kecantikan, pusat siber cafe, kedai menjual permainan kanak-kanak, pusat rekreasi snuker dan biliard serta tempat memancing udang.

Selain itu, katanya adalah pusat gimnasium, premis, studio aktiviti zumba, yoga dan aktiviti bersenam seumpamanya serta aktiviti kolam renang.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak