Sebanyak 1,983 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan sembilan kematian

KUCHING: Jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan sedikit penurunan kes kepada 1,983 kes baharu serta sembilan kematian, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 1,977 kes atau 99.7 peratus adalah dalam kategori 1 dan 2, manakala enam kes atau 0.3 peratus adalah dalam kategori 3,4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 561 kes, diikuti Bintulu (355), Serian (257), Sibu (145), Miri (88), Sri Aman (73), Lubok Antu (59), Bau dan Tebedu masing-masing 48 kes, Saratok (42), 36 kes di Limbang dan Belaga, 31 kes masing-masing di Kapit dan Subis dan Pusa (28).

“Selain itu, Sarikei (23), Simunjan (17), 15 kes masing-masing di Samarahan dan Song, Tatau (14), Betong (12), Meradong (8), Lundu (7), enam kes di Sebauh dan Selangau, Lawas (5), empat kes di Beluru dan Telang Usan, Bukit Mabong (3), dua di Asajaya dan Kanowit serta satu kes masing-masing di Mukah dan Julau,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, JPBN berkata kes kematian melibatkan dua di daerah Kuching, dua di Sri Aman, manakala satu masing-masing di Tatau, Sibu, Serian, Miri dan Bintulu.

Pada masa sama, empat kluster baharu diisytiharkan iaitu Kluster Laman Bong Chin dan Kluster Jalan Upland, Kuching, yang merupakan kluster institusi (pusat jagaan).

“Manakala kluster komuniti iaitu Kluster Kampung Segedup, Kuching dan Kluster Jundak Saeh Merah, Subis,” kata JPBN dalam kenyataannya, hari ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak