Sebanyak 2,920 kes Covid-19 hari ini dengan 99.9 peratus kategori satu dan dua

KUCHING: Jangkitan Covid-19 di Sarawak hari ini mencatatkan sedikit penurunan iaitu 2,929 kes berbanding 3,480 kes semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, bagaimanapun sejumlah 2,926 kes atau  99.9 peratus adalah kategori 1 dan 2, manakala tiga kes lagi kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching merekodkan sebanyak 747 kes, diikuti Sibu (327), Bintulu (311), Serian (286), Miri (173), Saratok (116), Sri Aman (112), Samarahan (108), Mukah (93), Limbang (67), 57 kes masing-masing di Betong dan Subis.

“Manakala, Sarikei (53), Kapit (36), Telang Usan (35), Belaga (34), Bau (34), Kanowit 31, Song (27), Asajaya (26), Pakan (24), Selangau (22), Lawas (18), Dalat (18), Tanjung Manis (17), Simunjan (15), Meradong (14), Tebedu (13), Lubok Antu (11), Marudi (8), Kabong (7), Bukit Mabong (7), Daro (5), Sebauh (5), Lundu (4), Matu (4), Tatau (2), Beluru (2)serta satu kes masing-masing di Pusa dan Julau,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN mendedahkan sebanyak 10 kes kematian dicatatkan melibatkan enam di daerah Pusa, tiga di Betong dan satu di Sibu.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak