PELAJAR bumiputera Sarawak digalak mendaftar diri di kampus universiti antarabangsa di bawah naungan Kerajaan Sarawak menerusi Skim Bursari BP40 yang ditawarkan oleh Yayasan Sarawak.

Skim Bursari BP40 merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Sarawak.

Ancaman Covid-19 sememangnya memberi kesan kepada negara, terdapat ramai keluarga dan individu bujang bergelut dalam kemelut kewangan.

Lebih-lebih lagi, kos sara hidup di bandar besar yang sememangnya agak tinggi.

Walaupun kita dikategorikan berdasarkan klasifikasi pendapatan, kita perlu memahami definisi B40.

Golongan B40 merupakan kategori bagi pendapatan isi rumah di negara ini selain golongan M40 dan T20.

Selain itu, golongan B40 merujuk kepada bawah 40 peratus daripada penduduk di negara kita dengan purata pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 sebulan.

Sememangnya Covid-19 menyebabkan ramai rakyat beralih kepada kategori pendapatan rendah akibat kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. SKIM BURSARI BP40 Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Sarawak.

Ancaman Covid-19 sememangnya memberi kesan kepada negara, terdapat ramai keluarga dan individu bujang bergelut dalam kemelut kewangan.

Lebih-lebih lagi, kos sara hidup di bandar besar yang sememangnya agak tinggi.

Walaupun kita dikategorikan berdasarkan klasifikasi pendapatan, kita perlu memahami definisi B40.

Golongan B40 merupakan kategori bagi pendapatan isi rumah di negara ini selain golongan M40 dan T20.

Selain itu, golongan B40 merujuk kepada bawah 40 peratus daripada penduduk di negara kita dengan purata pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 sebulan.

Sememangnya Covid-19 menyebabkan ramai rakyat beralih kepada kategori pendapatan rendah akibat kehilangan pekKumpulan B40 juga layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Terdapat juga skim perumahan kerajaan untuk kumpulan B40 seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk golongan miskin tegar.

Manakala, kumpulan M40 merujuk kepada kumpulan pertengahan yang merangkumi 40 peratus populasi penduduk dengan pendapatan isi rumah antara RM4,851 hingga RM10,970 sebulan.

Kumpulan T20 mewakili golongan isi rumah atas 20 peratus dan mempunyai pendapatan isi rumah lebih RM10,971 sebulan. Pembahagian pendapatan isi rumah di Malaysia berdasarkan Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang diterbitkan pada 2020.

Insiatif Galakan Melanjut Pelajaran Berkenaan inisiatif Skim Bursari BP40 yang dimulakan oleh Abang Johari, sebanyak 100 slot sudah diperuntukkan untuk pelajar bumiputera di Swinburne University of Technology Kampus Sarawak di Kuching, Sarawak College of Technology University (UCTS) di Sibu dan Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) di Miri melanjutkan pelajaran.

Program ini bertujuan mendorong pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran ke universiti bertaraf dunia di Sarawak.

Kerajaan Sarawak tidak mahu anak kita terlepas peluang ini terutama golongan berpendapatan rendah (B40).

Skim Bursari BP40 menawarkan yuran pengajian yang sama dengan universiti awam.

Tidak dinafikan bayaran di universiti ini agak tinggi seperti kursus kejuruteraan mampu mencecah RM100,000.

Namun, skim ini berjaya membantu mengurangkan bayaran serendah RM40,000.

Selain itu, pelbagai kursus ini dapat diambil dan tidak hanya terhad kepada bidang kejuruteraan tetapi perniagaan dan teknologi. Diharap inisiatif ini dapat meringankan beban ibu bapa dalam membiayai yuran pengajian.

Ramai keluarga terjejas akibat Covid-19 sehingga sukar membiayai kos anak mereka di universiti.

Bantu Golongan Berpendapatan Rendah Kerajaan Sarawak faham akan nasib mereka dan inisiatif ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah.

Sementara itu, pemeriksaan dilakukan di laman sesawang di University of Technology Kampus Sarawak menyatakan Skim Bursari BP40 giat dilakukan untuk pelajar bumiputera belajar pada peringkat asasi, diploma dan yuran bersubsidi.

Selain itu, pelajar yang berdaftar di bawah skim ini masih layak menerima skim bantuan kewangan lain yang ditawarkan oleh Yayasan Sarawak termasuk semua insentif yang terdapat dalam skim tersebut.

Untuk senarai kursus yang lengkap, sila layari www. swinburne. edu.my. College of Technology University (UCTS) di Sibu juga bekerjasama dengan Yayasan Sarawak dalam usaha membantu pelajar bumiputera daripada kumpulan B40 untuk belajar dalam mana-mana program yang ditawarkan.

Mereka yang berminat boleh hadir ke Kampus UCTS atau hubungi mereka di talian 084-367300 (Kampus Sibu) atau 082-422622 (Pejabat Pemasaran Kuching) atau e-mel ke enquiry@ ucts.edu.my atau mengemukakan pertanyaan mereka melalui Facebook dan Instagram @ uctso iciaSebagai rekod, Yayasan Sarawak menyambut ulang tahun yang ke-50 pada tahun ini yang ditubuhkan di bawah Ordinan Yayasan Sarawak diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 27 Mei 1971 bagi membuka era baharu dalam pembangunan pendidikan di Sarawak.

Yayasan Sarawak menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan pendidikan dalam bentuk biasiswa dan pinjaman pelajaran bagi faedah ribuan rakyat Sarawak.

Selain itu, Yayasan Sarawak juga memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan di negeri ini sejajar dengan keinginan Kerajaan Sarawak mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi di Malaysia menjelang 2030.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak