1,061 kes baharu dengan 23 kematian sejak awal bulan ini

KUCHING: Jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan 1,061 kes baharu serta 23 kematian sejak 1 Oktober lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata sebanyak 1,041 kes atau 98.11 peratus adalah dalam kategori 1 dan 2, manakala 20 kes atau 1.89 peratus adalah dalam kategori 3,4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 278 kes, diikuti Miri (235), Sibu (155), Bintulu (56), Betong dan Pusa masing-masing dengan 37 kes, Serian (35), Limbang (28), Sri Aman (27), Saratok (19), Sarikei (14), Lawas (14), Subis (13), Kapit (12), Song (12), Bau (12), Samarahan (11), Belaga (6), Mukah (5) dan Tebedu (5).

“Selain itu Pakan, Kanowit dan Marudi masing-masing dengan lima kes, Meradong (4), Sebauh (4), Lubok Antu (4), Simunjan (3), Lundu (3), Matu (3), Beluru (3), Bukit Mabong (3), Julau (2), Tatau (2), Selangau (2), Asajaya (1) dan Kabong (1),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara, JPBN berkata kes kematian melibatkan lima di daerah Sibu, empat di Sri Aman, tiga di Bintulu dan Samarahan, dua di Betong dan Kuching, manakala satu masing-masing di Mukah, Limbang, Serian dan Miri.

Pada masa sama, tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak