1,503 kes baharu positif Covid-19 di Sarawak hari ini

KUCHING: Jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan 1,503 kes baharu serta 22 kematian sejak 12 Jun lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata sebanyak 1,484 kes atau 98.74 peratus adalah dalam kategori 1 dan 2, manakala 19 kes atau 1.26 peratus adalah dalam kategori 3,4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 427 kes, diikuti Miri (203), Bau (159), Sibu (154), Samarahan (70), Bintulu (68), Limbang (53), Serian (36), Kapit (30), Sarikei (29), Betong (26), Sri Aman (25), Daro (24), Belaga (21), Mukah (18), 16 kes masing-masing di Lawas dan Asajaya, Saratok (14), Pakan (13) dan Simunjan (12).

“Selain itu, Kanowit (12), Marudi (12), Meradong (11), Subis (10), Song (9), Lundu, Lubok Antu, Julau dan Pusa masing-masing dengan empat kes, Kabong (3), Telang Usan (3), Selangau (2),Tebedu (2), Bukit Mabong (2), Sebauh (2), Dalat (2), Tatau (1), Beluru (1) dan Matu (1),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara, JPBN berkata kes kematian melibatkan empat di daerah Bintulu dan Kuching, tiga di Kapit dan Sibu, dua di Sri Aman dan Miri, manakala satu masing-masing di Samarahan, Sarikei, Betong dan Serian.

Pada masa sama, tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak