1,800 isi rumah terima manfaat di Tatau

KUCHING: Kerja sambungan talian penghantaran bagi pencawang baharu untuk Tatau akan dimulakan dalam masa terdekat bertujuan menghubungkan Tatau ke grid utama melalui penghantaran Kemena-Selangau 275KV.

Menurut SEB, penyambungan itu bagi mengukuhkan peng- agihan rangkaian dan meningkatkan kebolehpercayaan bekalan tenaga di kawasan tersebut.

“Sebelum pencawang Tatau yang baharu bernilai RM107 juta dilakukan, kerja sambungan dari laluan Kemena-Selangau akan mengalami penutupan grid elektrik bermula 25 Oktober sehingga 1 November 2021 dengan pembekalan kuasa lain sepanjang tempoh penutupan”, katanya SEB semalam.

Katanya, tiada gangguan elektrik akan berlaku sepanjang kerja sambungan dijalankan. Bagaimanapun, sekiranya cuaca buruk, kerja sambungan boleh ditangguhkan bagi mengutamakan keselamatan.

Pada masa ini, Tatau dan kawasan di sekitarnya termasuk Sangan dan Samarahan dibekalkan melalui dua talian litar bekalan yang beroperasi pada jarak kirakira 40KM dari pencawang Lapangan Terbang Bintulu 33/11KV menyebabkannya terdedah kepada ralat dan gangguan.

Dalam pada itu, SEB menyatakan pencawang Tatau salah satu projek utama untuk me-ningkatkan liputan elektrik luar bandar di bawah Skim Elektrifikasi Luar Bandar dan bagi memenuhi permintaan Daerah Tatau.

Tambahnya, kira-kira 1,800 isi rumah dan perniagaan dijangka mendapat manfaat dari projek kerana kemudahan itu merupakan titik suntikan yang ketara untuk meningkatkan rangkaian bekalan ke Tatau dan kawasan sekitarnya.

Justeru, SEB memohon maaf atas segala kesulitan dalam usaha berterusan menyediakan bekalan elektrik yang dipercayai dan memodenkan sistem tenaga Sarawak.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kemas kini terbaharu kerja sambungan dan melaporkan gangguan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy di talian 1300-88-3111 atau melalui aplikasi mudah alih Sarawak Energy SEBcares

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak