210 petugas barisan hadapan terima sumbangan MAFI

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 210 petugas barisan hadapan menerima sumbangan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, hari ini.

Sumbangan yang merangkumi hasil pertanian seperti sayur- sayuran, buah-buahan dan produk industri makanan tersebut disampaikan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) melalui program Mafi Prihatin.

Pengerusi Fama Malaysia Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata, sumbangan itu adalah kesinambungan program Mafi Prihatin yang merupakan inisiatif kementerian untuk membantu golongan sasar yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Manfaat ini kini turut dirasai oleh semua pertugas barisan hadapan dan ini sedikit sebanyak mampu untuk menaikkan semangat dan usaha mereka bagi meneruskan perjuangan dalam memerangi wabak Covid-19,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Mafi Prihatin kepada Petugas Barisan Hadapan di IPD Kota Samarahan, hari ini.

Terdahulu, penyerahan bantuan tersebut disampaikan secara simbolik oleh Mohd Fasiah kepada Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Sudirman Kram dan turut disaksikan oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang serta Pengerusi Fama Sarawak Abdul Jaafar Lian.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak