24 pasukan berentap dalam saingan Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) Zon Samarahan 2021

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 24 pasukan turun mempamerkan aksi dalam misi kini memburu kejuaraan Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) Zon Samarahan 2021 yang bermula hari ini.

Saingan selama sebulan di Stadium Tertutup Samarahan itu dijadualkan bakal menyaksikan aksi final pada 21 November depan.

KSL Zon Samarahan kali ini menawarkan hadiah berupa wang tunai RM1,500 beserta pingat kepada sang juara.

Manakala, naib juara serta tempat ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM1,000 dan RM500 termasuk pingat.

Dua regu yang layak ke final peringkat zon, secara automatik akan mewakili Zon Samarahan untuk berentap di pusingan ‘Grand Finale’ yang akan berlangsung di Kuching pada bulan Disember nanti.

Kejohanan yang merupakan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan SDTA telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, hari ini.

Hadir sama majlis, Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Samarahan (SDTA) Nizam Wang dan Ketua Bahagian, Pembangunan Sukan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Ahmad Rodzli Hashim.

MULA… Rubiah Wang (dua kanan) bersama pihak penganjur.
Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak