38 terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak hari ini

KUCHING: Yang Di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud hari ini mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak kepada 38 orang penerima sempena Hari Lahir ke-85 yang berlangsung di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini.

Mendahului senarai penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran ‘Datuk Amar’ ialah mantan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai Datu Hakim Abang Mohideen.

Turut menerima darjah yang sama, mantan ahli kabinet pertama Sarawak Allahyarham Datuk Amar Pengiran Hipni Pengiran Anu (Posthumous).

Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran ‘Dato Sri’ pula telah dikurniakan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Nancy Shukri, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan merangkap Menteri Belia dan Sukan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Peguam Besar Negeri Sarawak Dato Sri Talat Mahmood Abdul Rashid, Setiausaha Kewangan Negeri, Dato Sri Wan Lizozman Wan Omar serta Pengerusi KKB Engineering Berhad Dato Sri Kho Kak Beng.

Istiadat pengurniaan darjah kali ini turut menyaksikan pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Datuk Abdullah Saidol dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Shin Yang Datuk James Ling Lu Kiong.

Kelihatan Pandelela menerima pingat Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Dato’ sempena Ulang Tahun Ke-85 Tun Taib hari ini.

Selain itu, Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran ‘Datu’ dikurniakan kepada 12 penerima iaitu Residen Bahagian Sri Aman Datu Indit Bangai, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangnan Wilayah Sarawak Datu Edwin Abit, mantan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Datu Dr Azhar Ahmad dan Residen Bahagian Kuching Datu Sherrina Hussaini.

Penerima lain bagi DJBS ialah Datu Dr Rashidah Bolhassan, Datu Jack Aman Luat, Datu Hashim Bojet, Datu Muhammad Yakup Kari, Datu Abdullah Julaihi, Datu Khiruddin Drahman@Hussaini dan Profesor Madya Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel.

Menutup istiadat pada pagi tersebut, pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Dato’ kepada 17 penerima iaitu Ahli Dewan Negara Senator Dato Dr. Zaidi Suhaili, Ahli Dewan Negara Senator Dato Dr. Nuing Jeluing, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Dato Majang Renggi, ADUN Layar Dato Gerald Rentap Jabu, Dato Dr Zaleha Christine Abdullah, ADUN Lingga Dato Simoi Peri, Dato Dona Babil, Dato Pandelela Rinong Pamg, Dato Polit Hamzah, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata, Dato Dr. Spencer Empading Sanggin, Dato Dr. Chin Zin Hing, Dato Haidar Khan Asghar Khan, Dato Austin Dimin Niyon, Dato Ir. Christopher Adrian, Dato Chai Voon Tok serta Dato Wilfred Billy Panyau.

Turut hadir menyaksikan istiadat, isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri-menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion dan Dif-dif Kenamaan yang lain.

Photo Credit: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak