730 kes baharu, 13 kematian sejak 11 Oktober lalu di Sarawak

KUCHING: Jangkitan Covid-19 di Sarawak merekodkan 730 kes baharu serta 13 kematian sejak 11 Oktober lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata sebanyak 709 kes atau 97.12 peratus adalah dalam kategori 1 dan 2, manakala 21 kes atau 2.88 peratus adalah dalam kategori 3,4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 199 kes, diikuti Sibu (98), Miri (91), Lawas (62), Bintulu (42), Limbang (37), Subis (22), Mukah dan Kanowit masing-masing dengan 21 kes, Betong (14), Sarikei (13), Serian (12), Saratok (11), Bau (10), Marudi (8), Pusa (7), Dalat (7), Beluru (6), Kapit (5) dan Samarahan (5).

“Selain itu Pakan dan Meradong masing-masing dengan lima kes, Julau (4), Lundu (3), Selangau (3), Tatau (3), Simunjan (2), Kabong (2), Belaga (2), Matu (2), Bukit Mabong (2), Tebedu (2), Song (1), Asajaya (1), Telang Usan (1) dan Sebauh (1),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara, JPBN berkata kes kematian melibatkan empat di daerah Sibu, tiga masing-masing di daerah Sri Aman dan Kuching, dua di Limbang, manakala satu di Samarahan.

Pada masa sama, tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak