9 pemancing ditemui selamat, seorang masih hilang

KUCHING: Sembilan daripada 10 pemancing yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam kira-kira 20 batu nautika dari Pulau Satang ditemui selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memaklumkan telah menerima satu pesanan WhatApps dari rakan mangsa menyatakan tujuh mangsa telah diselamatkan oleh para nelayan dan sedang berada di Pulau Satang Besar.

Manakala katanya, dua lagi mangsa ditemui selamat dan di bawa ke jeti Telaga Air oleh nelayan kira-kira jam 5 pagi.

“Kesemua sembilan mangsa yang terselamat telah balik ke pangkuan keluarga masing-masing.

“Pencarian seorang lagi mangsa masih diteruskan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sembilan mangsa yang ditemui selamat termasuk tekong bot ialah Amri Abdullah, Mohd Asri Ibrahim, Muhammad Redzuan Rasul, Zaharuddin Yusoff, Mohamad Fariz Azizan, Mohd Firdaus Mohd Denan, Mohd Sahrin Sahir, Rais Yahya dan apten bot dikenali sebagai Baki.

Sementara, seorang lagi mangsa iaitu pembantu bot, Awang Omar Awang Hamsawi masih belum ditemui.

Terdahulu, sebuah bot yang dinaiki 10 individu dilaporkan karam dkira-kira jam 12.17 tengah hari.

Operasi mencari dan menyelamatkan (Op Carilamat) telah diaktifkan oleh APMM dengan mengkordinasi agensi seperti Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melibatkan 20 pegawai dan anggota petugas di lokasi kejadian.

Operasi mencari mangsa ditamatkan 6.30 petang semalam disambung semula jam 7 pagi tadi.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak