Abang Johari harap Bajet 2022 beri peruntukan terbaik untuk pembangunan Sarawak

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berharap Bajet 2022 akan diperuntukkan sesuai dengan kekuatan yang ada pada negeri ini.

Menurutnya, peruntukan yang baik akan membolehkan Kerajaan Sarawak meneruskan usaha membangunkannya sebagai sebuah negeri maju menjelang tahun 2030.

“Seperti yang saya pernah sebut dalam Keluarga Malaysia tempoh hari, pendekatan kami mungkin berbeza sedikit daripada tempat lain dan kami berharap peruntukan itu berdasarkan kekuatan kami” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah di Dewan Masyarakat Kampung Semariang Batu, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari juga menyatakan kerajaan negeri juga akan memanfaatkan peruntukan yang diberi untuk pembangunan infrastruktur di sekolah-sekolah yang pernah disebut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak