Abang Johari: Usaha Sarawak kembalikan hak terhakis untuk kukuh jati diri

KUCHING: Usaha Sarawak dalam mengembalikan hak-hak yang telah terhakis bukan untuk kepentingan negeri ini semata-mata, tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, usaha tersebut perlu dilihat sebagai langkah ke arah memperkukuhkan lagi jati diri warga Sarawak sebagai sebahagian daripada Keluarga Malaysia yang besar.

“Kami di Sarawak amat berharap sebagai sebahagian daripada Keluarga Malaysia yang dihasratkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) agar usaha untuk memastikan semangat, hak dan keistimewaan Sarawak serta Sabah dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dihormati, akan semakin difahami oleh ahli keluarga kita di tempat yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia, di Pusat konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak