Anggota polis maut, motosikal hilang kawalan dan terbabas

SERIAN: Seorang anggota polis maut dalam insiden kemalangan di atas jejambat, Kilometer 58 Jalan Serian/ Sri Aman, di sini, hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Supritendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa, 38 tahun, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.04 pagi ketika mangsa bergerak dari arah Kuching menuju ke Serian.

“Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan dan melanggar konkrit pembahagi jalan.

“Mangsa terbabas dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Hospital Serian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serian untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes masih di dalam siasatan dan di siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suara Sarawak