Anggota tentera maut tembak diri

KUCHING: Seorang anggota tentera maut dipercayai menembak dirinya di kepala selepas dia mengamuk dengan melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senjata dipercayai Colt M4 Carbine.

Kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah, Jalan Matang, di sini tengah hari tadi turut mencederakan ibu mentuanya.

Mengesahkan kejadian, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, suspek berusia 20-an itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah, Jalan Matang,” katanya yang dihubungi.

Berita lanjut menyusul……

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak