Bajet 2022: Bantuan Keluarga Malaysia diperkenal, isi rumah terima RM2,000

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2,000 akan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi rumah yang mempunyai anak lebih tiga orang dengan pendapatan isi rumah kurang RM2,500 sebulan.

BKM diperkenalkan menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima.

“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang memperuntukkan sebanyak RM1,800.

“Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak