Bajet 2022: Kelegaan untuk sektor pelancongan

BINTULU: Persatuan Penggerak Pelancongan Bintulu mengalu-alukan langkah kerajaan memberi inisiatif bagi membantu industri pelancongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Pengerusinya, Ismawi Ishak berkata pendekatan itu memberi kelegaan kepada pengusaha industri pelancongan termasuk dalam bidang pembangunan seni budaya serta warisan yang dijangka mampu menjadi salah satu produk mempunyai nilai pasaran yang luas.

“Pihak kita berharap inisiatif ini turut dapat dinikmati oleh masyarakat Bintulu yang terlibat dalam industri pelancongan secara langsung kerana bahagian ini mempunyai potensi besar.

“Ia termasuk untuk dijadikan sebagai hub pelancongan utama dan pelancong korporat di Sarawak memandangkan lokasinya yang strategik dan merupakan pintu masuk utama ke zon ini di samping destinasi penting industri minyak dan gas,” katanya kepada Suara Sarawak.

Pada pembentangan Bajet 2022 semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri mengumumkan beberapa inisiatif utama dengan nilai keseluruhan RM1.6 bilion untuk membantu industri pelancongan.

Suara Sarawak