Bapa durjana mengaku tidak bersalah cabul anak

KUCHING: Seorang lelaki berusia 24 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Sesyen hari ini, atas tiga pertuduhan mencabul anak kandungnya berusia 11 tahun.

Tertuduh yang mengangguk faham dan membuat pengakuan selepas tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Maris Agan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 dengan dua penjamin tempatan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh melakukan perbuatan terkutuknya terhadap anak perempuannya itu di sebuah rumah di Jalan Matang, Batu 12 sekitar jam 12 tengah malam, 28 September lepas.

Manakala, pertuduhan kedua dilakukannya pada 30 September lepas kira-kira jam 12.00 tengah malam di rumah yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuknya pada 3 Oktober lepas sekitar jam 1 pagi di kediaman yang sama.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Difahamkan tertuduh merupakan bapa kandung dan telah bercerai dengan ibu mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadratun Naim Mohd Saidi manakala tertuduh diwakili seorang peguam.

Mahkamah juga memerintahkan pengurusan kes dilanjutkan kepada 25 November depan.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak