Beri lebih peruntukan untuk bangunkan luar bandar Sarawak

LUNDU: Peruntukan pembangunan bagi kawasan luar bandar juga perlu diberikan perhatian untuk kesejahteraan rakyat selain daripada pendidikan, kata Adun Tanjung Datu Datuk Amar Jamilah Anu.

Menurutnya, beliau berharap lebih banyak peruntukan dapat diberikan untuk membangunkan kawasan luar bandar di Sarawak.

“Kita tahu negeri ini memerlukan banyak peruntukan untuk pembangunan di luar bandar khususnya jalan raya untuk pergi ke kampung dan rumah-rumah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan di Dewan Mahligai Gading, di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun gembira dan mengalu-alukan Bajet 2022 kerana peruntukan yang diberikan kali ini banyak berfokus kepada pembangunan di luar bandar.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap Kerajaan Malaysia dalam usaha membangunkan luar bandar termasuk kawasan Tanjung Datu.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak