Buda dan Malvern fokus kejohanan besar

KUCHING: Selepas cemerlang membawa pulang pingat perak dalam kategori masing-masing di Kejohanan Bina Badan Dunia Ke-12 2021 yang berlangsung di Taskent, Uzbekistan baru-baru ini.

Dua jaguh bina badan negara kelahiran Sarawak, Buda Anchah dan Dr Malvern Abdullah kini menghala fokus kepada beberapa kejohanan berprestij pada tahun 2022 dalam usaha mereka mencipta kejayaan selanjutnya.

Tiga kejohanan besar berada dalam radar kedua-dua atlet berpengalaman luas itu.

Antaranya, Sukan SEA, Vietnam selain Kejohanan Bina Badan Mr. Asia yang akan berlangsung di Maldev.

Di samping Kejohanan Bina Badan Dunia (Mr World) yang akan diadakan di Medan, Indonesia.

“Tiga kejohanan itu antara yang pasti akan berlangsung tahun depan dan diharap tiada masalah yang akan timbul seperti mana berlaku ekoran kemunculan pandemik Covid-19,” ujar Buda ketika mengulas mengenai perkara itu.

Buda mahupun Dr Malvern berazam untuk terus menghadiahkan sebarang pingat buat kem negara apabila berentap dalam kejohanan itu kelak.

Pada kejohanan yang berlangsung di taskent, Uzbekistan baru-baru ini, Buda Anchah berjaya meraih tiga pingat perak menerusi kategori 70 kilogram, 80 kilogram (40-49 Tahun) selain kategori berpasangan campuran.

Sementara Dr Malvern Abdullah yang berjaya meraih pingat perak dalam kategori 60 kilogram.

Suara Sarawak