Budayakan gaya hidup sihat

MUKAH: Sebanyak 100 belia di sini dan Politeknik Mukah (PMU) menyertai program berbasikal ‘Virtual Fun Ride’ sempena Hari Sukan Negara 2021 baru-baru ini.

Program anjuran Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PMU dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Mukah serta Politeknik Mukah Cyccling Club (PMUCC) itu adalah untuk merealisasikan gaya hidup sihat sempena Hari Sukan Negara.

Gimik pelancaran disempurnakan oleh Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PMU, Kamil Sahidin di pekarangan PMU.

Menurut Kamil, objektif utama program berkenaan adalah untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga PMU termasuk belia Mukah.

“Di samping itu, program ini penting untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan golongan belia serta menjelajah seluruh kawasan Mukah.

“Sambil itu, kita dapat mempromosikan bahawa sukan berbasikal adalah baik untuk kesihatan,” katanya.

Tambahnya lagi, sukan berbasikal tersebut dipilih memandangkan daerah Mukah mempunyai ramai peminat sukan tersebut.

Program ini bermula jam 6.30 pagi dengan senaman ringan dan bacaan doa dan kayuhan dari PMU hingga sekitar Mukah.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak