Covid-19: 1,413 kes baharu, 20 kematian sejak 7 September

KUCHING: Jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan 1,413 kes baharu dan 20 kematian dilaporkan sejak 7 September lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 1,387 kes atau 98.16 peratus adalah dalam kategori 1 dan 2, manakala 26 kes atau 1.84 peratus adalah dalam kategori 3,4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 387 kes, diikuti Miri (193), Sibu (131), Bintulu (94), Bau (85), Pusa (77), Serian (58), Limbang (51), Betong (50), Mukah (33), Sarikei (32), Kanowit (30), Samarahan (27), Sri Aman (22), Daro (14), Saratok dan Asajaya masing-masing dengan 10 kes, Kapit (9), Simunjan (9) dan Lundu (8).

“Selain itu, lapan kes masing-masing di Lubok Antu, Meradong dan Pakan, Tanjung Manis (7), Julau (7), Belaga (6), Subis (6), Selangau (6), Tebedu (5), Kabong (5), Telang Usan (4), Song (3), Dalat (3), Tatau (2), Beluru (2), Matu (2) dan Bukit Mabong (1),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, JPBN berkata empat kes kematian di Daerah Sri Aman, Bintulu (3), Sibu (3), Betong (2), Sarikei (2), Kuching (2), manakala masing-masing satu kes di Kapit, Mukah, Limbang dan Samarahan.

Dalam masa sama, tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak