Covid-19: 754 kes baharu, 9 kematian dilapor 16 hingga 23 Oktober

KUCHING: Jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan sedikit peningkatan kepada 754 kes baharu, sekali gus menjadikan kumulatif kes positif setakat hari ini sejumlah 236,556.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 736 kes adalah daripada kategori 1 dan 2, manakala 18 kes merupakan kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching terus merekodkan kes tertinggi iaitu 213, diikuti Miri (124); Sibu (78); Bintulu (59); Lawas (37); Limbang (28); Betong (22); Sri Aman (21); Samarahan (16); Serian (16); Pusa (15); Sarikei dan Kanowit (11).

“Manakala sembilan kes di Bau; Simunjan (8); Meradong (6); Subis (6); Bukit Mabong (6); Marudi (5); Daro (5); Pakan (5); Dalat (5); Kapit (4); Kabong (3); Lundu (3); Song (3); Lubok Antu (3); Saratok (2); Asajaya (2); Julau (2); Telang Usan (2) dan masing-masing satu kes di Matu, Belaga, Beluru dan Sebauh,” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN mendedahkan terdapat sembilan kes kematian direkodkan dari 16 hingga 23 Oktober melibatkan mangsa masing-masing berusia 35 hingga 89 tahun.

Pada masa sama, JPBN memberitahu tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini dan dua kluster tamat iaitu kluster Pusat Kemuyang Timur, Sibu dan Kluster Haidah, Bintulu.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak