Covid-19: Sarawak rekod 1,339 kes baharu

KUCHING: Kadar jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan sedikit penurunan apabila sebanyak 1,339 kes dilaporkan hari ini berbanding 1,413 kes semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 222,381.

Jelas kenyataan tersebut, Kuching terus mencatatkan angka tertinggi iaitu 431 kes, diikuti Miri (179), Sibu (115) dan Lawas (70).

“Selain itu, Bintulu merekodkan 68 kes, diikuti Limbang (63), Mukah (39),Sarikei (35), Bau (34), Serian (33), Kanowit (26), Betong (24), Marudi (21), Sri Aman (20), Matu (20), Kapit (17), Daro (15), Samarahan (15), Simunjan (15), Lubok Antu (13), Saratok (10) dan Belaga (10).

“Manakala Subis sembilan kes, Pakan (8), Song (6), Asajaya (6), Pusa (5), Kabong (5), Beluru (5), Lundu (4), Dalat (4), Selangau (3), Bukit Mabong (3), Tebedu (2), Meradong (2), Julau (2) dan Tatau (2),” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu tambah JPBN, terdapat lapan kes kematian dilaporkan bermula 28 September hingga 8 Oktober lalu.

Selain itu JPBN, tiada kluster baharu dikenal pasti, manakala sembilan kluster diisytiharkan tamat iaitu kluster Nansang Tugong Pakan, kluster Jero Gelasah Subis, kluster Merajang Limbang, kluster Maxbi Libai Subis, kluster Nanga Tapih Betong, kluster Jalan Masuri Sibu, kluster Jalan Tunku Abdul Rahman Sibu, kluster Jalan Bintulu-Miri Dua Bintulu, dan kluster Sungai Sawa Pakan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak