Cuepacs Sarawak akur semua penjawat awam wajib vaksin

KUCHING: Cuepacs Negeri Sarawak (CNS) akur dengan arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan semua penjawat awam persekutuan menerima vaksin Covid-19.

Pengerusinya Omar Bahrein Unin berkata, perkara tersebut adalah untuk kebaikan semua pihak dalam usaha kerajaan menangani penularan pandemik berkenaan.

“Kami (CNS) berharap apa sahaja tindakan yang akan diambil terhadap penjawat awam belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin dapat dipertimbangkan dengan wajar.

“Ia termasuk dengan mengenal pasti masalah sebenar mengapa mereka tidak mahu menerimanya danalasan lain yang munasabah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mereka juga akur dengan tindakan tatatertib seperti yang dinyatakan oleh JPA kerana setiap penjawat awam memang tertakluk kepada
peraturan semasa perkhidmatan awam.

“Bagaimanapun, CNS juga berharap agar tindakan yang dikenakan tidak sampai dibuang kerja atau hukuman yang berat memandangkan isu ini merupakan perkara baharu dalam perkhidmatan awam dan bukan kesalahan jenayah,” ujarnya.

Suara Sarawak