Dua lelaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah ditahan

KUCHING: Dua lelaki ditahan polis disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam dua serbuan berasingan di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah berkata, serbuan dijalankan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada 9 Oktober dan 10 Oktober lalu.

Beliau berkata, pada serbuan pertama, 9 Oktober kira-kira jam 5 petang, pasukan serbuan telah menahan seorang suspek, 51 tahun di ruang legar bahagian belakang bangunan Chong Lin Plaza, Jalan Green.

Katanya, pasukan serbuan telah menjumpai sembilan paket plastik lutsinar pelbagai saiz mengandungi ketulan kristal jernih dipercayai dadah jenis syabu hasil pemeriksaan pada sebuah kereta pacuan empat roda jenis Ford yang digunakan oleh suspek.

Pasukan serbuan merampas empat peket lutsinar mengandungi ketulan syabu seberat 5.68 gram di dalam poket seluar suspek berusia 33 tahun.

“Anggaran berat kasar dadah yang dirampas seberat 71.96 gram bernilai RM7,196. Pasukan serbuan turut merampas kereta pacuan empat roda berkenaan.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek didapati negatif dadah. Suspek tidak mempunyai rekod lampau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara katanya, pasukan serbuan telah menahan seorang suspek, berusia 33 tahun pada 10 Oktober, kira-kira jam 11 pagi di tepi Jalan Cahaya Mata, Bandar Baru Semariang.

Ashmon berkata, pemeriksaan yang dijalankan terhadap suspek menjumpai empat paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal jernih disyaki dadah disyaki syabu berat kasar 5.68 gram bernilai RM568 di dalam poket seluar yang dipakai oleh suspek.

“Suspek ditahan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif ujian awal saringan dadah.

“Suspek juga mempunyai tiga rekod lampau di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau menamb, suspek juga mempunyai satu waran tangkap dan diambil tindakan dibawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kereta pacuan empat roda turut dirampas oleh pasukan serbuan.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak