FAS cadang hantar pasukan ke Liga M3

KUCHING: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Phillip Jabu memberitahu, beliau telah mengemuka cadangan kepada barisan kepimpinan badan induk (Exco FAS) berhubung keinginan menghantar pasukan untuk bersaing dalam kancah Liga M3 pada tahun 2022.

Menurut Phillip, perkara tersebut telah dibincang dengan Presiden FAS, Datuk Posa Majais baru-baru ini tetapi ia masih diperingkat awal.

“Dari maklum balas awal hasil perbincangan dengan barisan Exco FAS baru-baru ini, ia memperlihatkan sesuatu yang positif.

“Apa pun, kita akan mengadakan perbincangan susulan selepas ini dan saya percaya segalanya akan berjalan lancar,” ujar Phillip kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil mengakui cadangan untuk menghantar satu lagi pasukan dari Sarawak bersaing di liga terbabit (Liga M3) lahir dari idea beliau sendiri.

Tambahan pula kata Phillip, ada pihak yang bersedia menjalin kerjasama bagi menjayakan keinginan tersebut.

“Ada pihak yang ingin menjalinkan kerjasama untuk menjayakan cadangan yang dikemukakan itu,” tambah Phillip lagi.

Phillip menjelaskan, ramai bekas pemain sama ada dari skuad senior (Sarawak United FC) mahupun pasukan pelapis (Piala Presiden) yang tiada mempunyai pasukan selepas kudrat mereka tidak dipergunakan dalam pasukan terbabit.

Justeru tegas Phillip, ia satu kelebihan jika kita menggunakan kembali khidmat pemain terbabit bagi membentuk pasukan untuk kejohanan itu kelak.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak